Thursday, 14 January 2016

I'am Adila Naziera


Assalamualaikum.

Alhamdullillah masih dilaman blog yang lama tetapi telah diperbaharui dari segi content post. Post-post yang lama telah didelete memandangkan tiada apa yang menarik untuk diingati.

Tujuan blog ini dibuat adalah sebagai salah satu cara anak-anak ibu mengenal ibu, ayah, keluarga, rakan-rakan ibu ayah dan cerita tentang perkembangan pembesaran anak-anak ibu. Walaupun ketika post ini ditulis, ibu masih berstatus ibu beranak satu :) In Sya Allah harapan dan keinginan menambah cahaya mata sentiasa ada.

Ibu tidak  pandai buat blog cantik dan canggih seperti blogger professional yang lain. Ibu ni hanya amatur sahaja. Ibu main taram je buat blog ni, tekan dan scroll je yang mana boleh.

Ibu harap blog ini boleh menjadi e-diary yang boleh memberi manfaat kepada anak-anak ibu dan orang yang terbaca blog ibu ni. Aamiin.

Tajuk blog pun sudah berubah dan harap nama blog ini terus kekallah. penat nak fikir nama apa yang sesuai . Sekadar perkongsiaan Adila Naziera adalah gabungan nama ibu sebenar ibu dan nama panggilan manja ketika dirumah nenek dan atuk. Adila adalah shortname daripada Adilawati dan Naziera daripada Nazsiroh. nama sebenar ibu  'Adilawati Nazsiroh Binti Saadin'

In Sya Allah kita akan ketemu lagi di lain post. Harapannya nak up post yang lebih menarik dan manfaat hendaknya :)


Lot of Love,
Ibu